Kasih Sejati: Your Eternal Love

Getting Intimate with Eternal Love...The Guide To Everlasting Love in Your Marriage

Blog EntryPeluang TERAKHIR !!!Feb 9, '10 7:53 AM
for everyone

REBUT peluang TERAKHIR Siri Seminar Mawaddah wa Rahmah demi mengelak ribut!!!

Lebih dari 1200 peserta telah mendapat manfaat dari siri Seminar Mawaddah wa Rahmah.
Respons yang diberikan para peserta adalah amat baik sekali. Ramai yang ingin hadir lagi.

Di sini kami menyajikan sekali lagi Seminar Mawaddah wa Rahmah pusingan keenam (dan yang terakhir) yang bakal diadakan pada 7 Mac 2009 di Auditorium Masjid Sultan.

Berikut adalah keterangan lanjut mengenai seminar yang akan datang...

Sebagai pasangan yang telah berumahtangga, tidakkah anda ingin tahu...

...rahsia-rahsia kasih sayang anda berdua berkekalan hingga akhir nanti?
...bagaimana hubungan anda berdua dapat sentiasa mesra dan hangat memberi tenaga sepanjang masa?
...cara-cara untuk mengeratkan hubungan zahir dan batin di antara anda berdua?
...perkara-perkara yang boleh melemahkan dan mendinginkan perhubungan anda berdua?
...apakah yang boleh melemahkan tenaga batin hingga mengakibatkan masalah dalam perkahwinan?
...kenapa ramai kaum isteri terkena jangkitan penyakit kelamin berjangkit?
...apakah selamat untuk memakan ubat-ubatan yang dikatakan dapat menguatkan tenaga batin?
...kenapa masalah kurangnya tenaga batin ini boleh mengakibatkan lebih banyak lagi masalah-masalah lain seperti pertelingkahan, perceraian, dan juga kecurangan?

Seminar Mawaddah wa Rahmah ini ditujukan kepada pasangan suami-isteri yang memang ingin menjadikan rumahtangga mereka kekal dan penuh dengan kasih sayang yang harum sepanjang masa.

• Apakah kepentingan menjaga kesihatan seksual rumahtangga? - Perspektif perubatan, kesihatan, sosial dan juga Islam
• Kenapa suami masih lagi tidak puas dengan isteri sendiri, dan juga sebaliknya? Apakah punca-punca yang melemahkan tenaga batin, dan bagaimana mengatasinya?
• Kenapa masih lagi ada kaum adam yang mencari-cari ubat-ubatan untuk menguatkan tenaga batin, terutama di peringkat usia senja? Menggunakan ubat-ubatan seksual tiruan boleh membawa maut? Apakah ubat-ubatan tradisional seperti tongkat ali dan kacip fatimah berkesan dan selamat untuk dimakan?
• Mengapa ramai para isteri dijangkiti penyakit kelamin di Singapura? Bagaimana mengelakkan risiko-risiko penyakit kelamin?
• Apakah resepi kemesraan dan keintiman suami-isteri? Salah-faham keintiman suami-isteri? Menghuraikan masalah keintiman suami-isteri
• Kes-kes sebenar & soal-jawab secara private (suami atau isteri yang hadir pun tidak akan mengetahui soalan-soalan yang diajukan kepada para panelist)

Seminar Mawaddah wa Rahmah ini bukan ditujukan untuk mereka yang bermasalah sahaja. Seminar ini sebenar amat berguna sekali untuk setiap pasangan suami-isteri yang mahukan rumahtangga mereka bagaikan syurga di dunia...

Seminar ini dianjurkan oleh Masjid Sallim Mattar dan MAEC Geylang Serai dengan kerjasama SuChi Success Initiatives Pte Ltd dengan barisan panelis berikut:

(1) Prof Emeritus Dr Ismail Tambi (Pakar dan Penyarah Sakit Tuan & Sakit Puan yang berasal dari Singapura dan terkenal di kalangan pakar perubatan di Singapura, Malaysia dan rantau ini)

(2) Mohd Khair bin Mohd Noor (Konsultan Utama dari The SuChi Group yang telah banyak mengendalikan program-program Kesihatan Seksual dan Pendidikan Seksualiti dengan sokongan HPB)

(3) Ust Abdul Jalil Abdul Razak, Pengantara & Ad-Hoc President Mahkamah Syariah

Mohd Khair dan Suriati Abdullah     akan juga bertindak sebagai moderator dalam perbincangan panel.

Sessi soal-jawab akan diadakan secara penuh adab-sopan dengan menjaga privasi setiap peserta yang bertanya. Identiti peserta yang bertanya tidak akan diketahui umum. Sessi soal-jawab diadakan dalam suasana yang private dengan jawapan yang terbuka dari para panelist.

Untuk menyertai seminar ini, para peserta diminta berdaftar di talian 68428161.

Jamuan ringan dan nota akan disediakan untuk setiap peserta seminar.

TEMPAT TERHAD.

DAFTAR SEGERA!

Seminar ini untuk kebahgiaan anda dan pasangan anda dalam rumahtangga!

Pertanyaan juga boleh ditujukan melalaui telefon di talian 68428161 (SuChi Success).

www.kasihsejati.com

Tidak digalakkan untuk membawa anak-anak kecil, remaja dan yang belum berumahtangga ke seminar ini.

DAFTAR SEKARANG.

Inilah peluang TERAKHIR!!!

 


Blog EntryKursus Rumahtangga Yang Dicar-cariFeb 8, '10 3:48 AM
for everyone
Kasih Sejati...Kursus Rumahtangga Yang Dicari-cari...

Inilah satu-satunya kursus rumahtangga yang membantu para calon pasangan suami-isteri untuk membuat persiapan dengan cara yang realistik, hands-on, praktikal, bersepadu dan menyeluruh.

Tidak ada dalam pasaran sebuah kursus rumahtangga yang membentangkan konsep-konsep Islam dalam perhubungan suami-isteri secara bersepadu dengan konsep-konsep kontemporari dalam suasana yang santai, bersahaja tetapi penuh impak dan pengertian.

Para calon suami-isteri yang mencari panduan-panduan mengenai dan jawapan bagi persoalan-persoalan berikut, insyaALlah Kasih Sejati adalah satu-satunya kursus yang akan memberikan jawapan secara terbuka, menyeluruh demi memastikan setiap bakal Raja Sehari Muslim akan dapat membuat persiapan yang sebaik-baik dan serapi-rapinya:
• Erti perkahwinan dalam Islam
• Proses pernikahan dalam Islam
• Syarat-syarat pernikahan
• Doa’ selepas nikah
• Apa yang boleh membatalkan pernikahan
• Isu-isu mas kahwin, hantaran dan walimatul urus
• Pengertian hubungan kelamin dalam Islam
• Sunnah-sunnah dalam hubungan kelamin di antara suami dan isteri
• Doa’-doa’ khusus jimak dan mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah-
• Apa yang harus dilakukan pada malam pertama mengikut Islam
• Mandi Hadas & Caranya.
• Menangani isu mentua dan menantu
• Mengenali personaliti pasangan dan diri sendiri
• Menangani tekanan-tekanan, perselisihan dan konflik dalam awal-awal perkahwinan
• Keperluan kewangan sebelum dan sesudah pernikahan
• Perihal anak-anak dan penjagaan mereka
• Bahasa Cinta demi mengeratkan hubungan suami-isteri
• Mengenal-pasti cara lelaki dan wanita berkomunikasi
• House Rules
• ”Demi Cinta Ku Pada Mu”
• Panduan Rumahtangga Kasih Sejati

Daftar secara online di http://www.kasihsejati.com atau telefon 68428161 sekarang.

http://mdkhairmn.multiply.com
http://1eternallove.multiply.com
http://suriatisuchi.multiply.com

Kasih Sejati...the one and only...simply the best, for you!

Doa' yang Rasulullah saw berikan kepada pasangan yang terasa jauh hati terhadap suami atau isteri, yang bermaksud,
"Ya Allah, Tuhan yang menemani setiap yang berseorangan, yang menemani setiap yang kesepian, Yang Maha hampir tidak jauh, yang Berkuasa tidak mampu diatasi.
Wahai Yang Maha Hidup,
Wahai Yang Maha Berdiri Sendiri,
Wahai Yang Memilik Keagungan dan Kemuliaan."
(Hadith Riwayat Al-Dailami daripada Anas bin Malik r.a.) 


Blog EntryAlhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Jan 24, '10 9:18 PM
for everyone

Alhamdulillah.

Seminar Keibubapaan HPB 2010 telah dapat dijalankan dengan lancar pada 23 Januari 2010 dari jam 9pg hingga 5ptg. 250 peserta telah hadir, melebihi sasaran 200 yang ditetapkan HPB. Kesemuanya hadir sepenuhnya dari mula hingga akhir. Alhamdulillah.

Berikut adalah maklumbalas peserta yang baru kami terima di facebook:

Dari Ema Ibrahim: Saya bersama pasangan telah menghadiri masjlis yg berlangsung siang tadi.Kami berdua ingin merakamkan jutaan terimakasih diatas pengkongsian ilmu yg telah diberikan oleh Encik Khair,kami juga berasa sangat bertuah bukan sahaja dpt menceduk ilmu dari Encik Khair malahan juga dari permaisuri hidup Encik sendiri iaitu Pua...n Suriati.Kami rasa ini adalah 1 bonus.Akhir sekali dari saya,semoga forum2 sebegini dpt diteruskan & semoga Allah memberi kesihatan kpd Tuan & Puan utk meneruskan tugas yg amat mulia ini.Wasalam

Dari Rapidah Mohd Arif: Sekalung bunga harapan dan skses untuk SUCHI & HPB atas anjuran Seminar Keibubapaan yang di dambakan oleh golongan masyarakat yang mengalu-alukannya..Syabas!!!
Walaupun saya menghadirinya bersama teman-teman(suami bertugas) ,namun 'puas hati lah'. Panelis yang berwibawa,padat informasi dan berkesan untuk peserta membawa... pulang..pengetahuan.Disamping acara interaksi di kelas bersama fasilitator yang menyeronokkan berkongsi idea..Semuga berSEMINAR lagi di lain waktu..Terimakasih.

Alhamdulillah.


Blog EntryCeramah Kasih Sejati @ Singapore ExpoJan 15, '10 12:25 PM
for everyone
Kasih Sejati is at the MegaXpress Expo at Singapore Expo Hall 4A & 4B from now until 17 Jan 2010 at Booth S8. Mohd Khair will be speaking on 16 Jan 2010 at 12.30pm, and 17 Jan 2010 at 1.00pm. See you all there, insyaALlah.
Topik-Topik Ceramah oleh Mohd Khair:
16 Jan 10, 12.30tgh: Ibu Mentua Ku...
17 Jan 10, 01.00tgh: Tak Cukup-Cukup...!
InsyaAllah, Jumpa Anda di Singapore Expo, Hall 4A & 4B.


Blog EntryAlarming News!!!Jan 14, '10 12:06 AM
for everyone

What can we do about this problem?
But, we have encountered some others, including parents, that say, "it will never happen to me! I've sent my children to religious classes...they are protected already."

http://sg.news.yahoo.com/cna/20100114/tap-606-rise-stis-especially-alarming-sa-231650b.html

 


Blog EntrySusah nak dapat...Jan 7, '10 12:43 AM
for everyone
Dapatkan bantuan pakar Matematik yang amat dihargai oleh sekolah-sekolah mainstream dan para ibubapa bangsa lain.
Jadual beliau begitu padat dengan program-program di sekolah-sekolah SAP, Gifted Program dan Math Olympiad.
Untuk mendapatkan khidmat beliau bagi membantu anak-anak anda bagi matapelajaran Matematik di peringkat PSLE, telefon 68428161.

Blog EntryRatusan Dah Dapat Tiket. Anda Bila Pula?Jan 5, '10 10:28 AM
for everyone

Seminar Keibubapaan HPB 2010

 

Biar Pecah Di Mulut, Usah Pecah Di Perut

…Demi Kesucian Zuriat Ku

 

Memperkasa ibubapa dengan sikap, ilmu dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan dengan anak-anak mengenai isu seks dan seksualiti demi kesucian zuriat mereka.

 

Sememangnya tiada siapapun yang mahukan perkara yang menconteng arang di muka berlaku dalam keluarga masing-masing.

 

Namun...,

 

  • Apakah persiapan awal dan langkah proaktif yang boleh diambil oleh para ibubapa demi mengelakkan daripada perkara seperti itu berlaku?

 

  • Apakah perkara yang memalukan itu hanya berlaku kepada keluarga-keluarga tertentu sahaja?

 

  • Atau perkara itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang kurang berwaspada?

 

  • Selain daripada memberi pendidikan agama yang secukupnya, apakah lagi langkah yang harus diambil ibubapa sebagai perlindungan tambahan untuk memastikan kesucian zuriat mereka?


Dapatkan panduan menyeluruh para pakar dari sudut perubatan, sosiopendidikan dan agama demi menjawab persoalan-persoalan berikut:

-         Kenapa remaja terlanjur?

-         Apakah kesan aqil baligh dalam hidup remaja?

-         Bagaimana menangani isu-isu BGR, BBR & BGR?

-         Bagaimana menangani pengaruh media terhadap seksualiti anak-anak?

-         Apakah ada penawar bagi penyakit seksual berjangkit (STI)?

-         Apakah panduan Islam untuk ibubapa menangani isu seks dan seksualiti remaja?

-         Bagaimana ibubapa dapat mengatasi perasaan malu apabila berkomunikasi dengan anak-anak mengenai isu seks dan seksualiti?

 

 

Mengundang Para Ibubapa ke Seminar Keibubapaan HPB 2010.
Khas buat ibubapa yang mempunyai anak-anak berusia di antara 10 hingga 17 tahun.

 

Bersama-sama dengan para pakar jemputan,

  • Dr Jazlan Joosoph
  • Ust Azmi A Samad
  • En Mohd Khair b Mohd Noor

Tarikh: 23 Januari 2010
Tempat: Republic Polytechnic, Lecture Theatre W2
Masa: 9pg - 5ptg

Jamuan teh pagi dan petang, dan makan tengahari disediakan secara percuma.

 

Bas ulang-alik dari MRT Woodlands (Causeway Point) ke Republic Polytechnic disediakan secara percuma.

 

Tiada bayaran dikenakan.

 

Daftar Sekarang.

 

Telefon segera 68428161 untuk mendapatkan tiket percuma dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.


Ratusan ibubapa telahpun mendaftar.

Apalagi yang anda nantikan.

 

Telefon 68428161 sekarang sebelum tiket kehabisan.


Blog EntryGive the Best ShotJan 4, '10 11:14 PM
for everyone

Salaam Friends,

Give your child the best shot at achieving the best in PSLE 2010 Math.

Call 68428161 to register your PLSE-taking child in the Math Achievement Programme.

Register Now to avoid disappointment.

Wassalam


Blog EntryWe have come a long way...Or is it?Dec 29, '09 7:57 AM
for everyone

Flat built in the 60's to 80's are very communal in nature. Windows were placed next to and adjacent to doors along corridors. We could see our neighbours walking past and exchange greetings along the way.
Now, since the 90's, there are almost no such windows along corridors. All windows are placed away from prying eyes. There are only doors to enter the private world of the occupants. And these doors are never left opened except to allow smooth passage from the inner to the outer world.
Previously, we were forced to walk past our neighbours' units. Now, we have nearly 'private lifts' to our respective units.
If previously we knew almost every neighbour in the flat by name. Now we hardly even know who lives next door.
How has these changes impact us? Or we simply couldn't be bothered?

http://www.facebook.com/mdkhairmn?ref=profile#/group.php?gid=80243028189&ref=mf


Blog EntryRasulullah saw menghiburkan IsterinyaDec 24, '09 12:11 AM
for everyone

Rasulullah saw pernah menghiburkan isterinya Sayidatina Khadijah ketika salah seorang anak lelakinya yang masih menyusu meninggal dunia dengan sabdanya yang bermaksud, "Di syurga ada yang akan menyusuinya."

Sayidatina Khadijah menyahut, "Kalau aku tahu begitu, tentu hatiku ini tidak akan terlalu kesah dan resah..."

Rasulullah saw menyambung, "Kalau engkau mahu, aku akan perdengarkan suaranya di syurga!"

Isterinya dengan cepat menjawab, "Tidak, tidak perlu, aku percaya kepada ALlah dan kepada RasulNya!"

(HR Ibnu Majah di dalam kitab Al-Janaiz)


Blog Entry"I'm not stupid..."Dec 23, '09 4:41 AM
for everyone

Mohd Khair was on radio WARNA 94.2 on Wednesday, 23 Dec 2009, 3pm to 4pm, discussing the issues of Malays and Math.

Very hearthening when the programme generated lots of interests, translated thru the many calls and sms.

No one is born stupid in Math. Anyone can succeed with the right attitude, skills and knowledge.

And parental support is indeed crucial.


Blog EntryRedha Suami, Syurga IsteriDec 22, '09 1:50 PM
for everyone
Rasulullah saw bersabda dengan maksud,
"Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha ke atasnya, maka ia akan masuk ke syurga."
(HR At-Tarmidzi & Ibnu Majah)

Blog EntrySetitik Noktah, Sebuah SyurgaDec 20, '09 9:12 AM
for everyone

Coretan Mohd Khair,

Seorang Ulama luar negara pernah bercerita dalam tahun 80an sewaktu saya bersamanya.

Katanya ada sebuah tempat di muka bumi yang bagaikan syurga di dunia.

Saya tanyakan, apakah yang beliau maksudkan?

Beliau pun bercerita bagaimana seorang Muslim yang menghadiri sebuah seminar/konvensyen perniagaan di Amerika Syarikat yang mencari-cari masjid untuk bersolat. Setelah puas bertanya, hamba ALlah itu ditunjukkan sebuah tempat yang dikatakan masjid. Hamba ALlah itu seakan-akan bingung kerana bangunan itu langsung tidak mirip sebuah masjid yang dia ketahui sepanjang hidupnya. Apatah lagi apabila bangunan itu dalam keadaan yang agak dhaif kerana sedang dalam tahap pembinaan yang belum selesai.

Hamba ALlah itu pun bertanya dengan seseorang yang berada di situ selepas memberi salam, dan diberitahu bahawa memang bangunan itu adalah sebuah masjid yang belum selesai proses membaik-pulih. Apabila ditanya bilakah projek itu seharusnya diselesaikan, jawap pemuda itu, "Entahlah. Saya pun tak tahu. Projek ini dah tertangguh beberapa kali..."

Setelah selesai solat di suatu sudut yang memang disiapkan untuk solat beremaah, Hamba ALlah itu bertanya "kenapa projek ini tertangguh?"

"Tak cukup duit..."

Sambil mengagangguk-angguk, hamba Allah itu pun berlalu pergi...

Alhamdulillah, selang beberapa bulan kemudian, projek baik-pulih bangunan itu sebagai sebuah masjid pun dapat diselasaikan.

Apabila saya bertanya, bagaimana pula ianya dapat diselesaikan sedangkan projek itu tidak kecukupan wang?

Ulama itu menjawab, "Projek itu mendapat suntikan dana yang membolehkan ianya diselesaikan dengan segera dan sempurna."

Saya bertanya, "Dari mana duit itu datang?"

Ulamak itu menjawab, "Dari sebuah tempat yang bagaikan setitik noktah dalam peta. Dana itu datang dari sebuah tempat yang saya anggap bagaikan syurga di dunia."

Saya pun berkata, "Tempat tu mestilah dari sebuah negara Islam kan?"

Ulama itu menjawab, "Bukan...tempat itu sebahagian besar penduduknya adalah bukan Islam. Orang Islam hanyalah golongan minoriti."

Di mana ya?

Ulamak itu berkata kepada saya, "Tempat itu adalah tempat dari mana awak datang....SINGAPURA!!!"

Rupa-rupanya, dana yang diterima projek itu datangnya dari hamba ALlah yang menumpang solat di sudut bangunan yang belum siap itu.

Ulamak tersebut dan juga kaum Muslimin di sana begitu bersyukur dan terharu sekali kerana ALlah telah mendatangkan seorang penderma dari Singapura yang sebelum itu ramai di sana yang tidak pun tahu akan kewujudan negera yang bernama SINGAPURA.

Itulah sebabnya, Ulama itu berkata, Singapura ini, walaupun bagaikan sebuah noktah, tetapi adalah sebuah syurga di dunia.

Dan Ulamak itu menasihati saya, "Bersyukurlah kamu kerana kamu datang dari tempat yang memberi manfaat kepada orang lain. Di situlah tempat kamu menempah tempat kamu di syurga abadi nanti...Bersyukurlah dan manfaatkanlah peluang yang telah ALlah bentangkan kepada mu."

Blog EntrySiapa Yang Bobrok...?Dec 20, '09 4:53 AM
for everyone

Apakah benar masyarakat kita bobrok?

Kalau masyarakat kita bobrok, ertinya keluarga kita pun bobrok & kita pun sebagai individu pun turut sama bobrok...

Siapakah yang bobrok sebenarnya...?


Blog EntryPerkahwinan Anda Macam Lauk Apa Ye...?Dec 18, '09 2:14 AM
for everyone

Ada orang kata, perkahwinan itu macam lauk rendang daging...makin lama makin sedap, makin power...

Ada orang kata pulak, perkahwinan itu macam lauk lemak lodeh, makin lama makin masam, senang basi....

Perkahwinan anda pulak macam lauk apa ye...?


Blog EntryPelajar Melayu Lemah MatematikDec 17, '09 11:09 PM
for everyone

Berita Harian (Rabu, 16 Dis 2009) melapurkan bahwa pelajar Melayu masih lagi lemah dalam matematik.

Apakah jalan keluarnya?

 


Blog EntryCONGRATULATIONS!Dec 13, '09 11:38 PM
for everyone

CONGRATULATIONS!

> Fawwaz Bazil, A
> Khairul Iman Nasri Bin Azharie, A
> Nurul Lasyiliah Hamsen, A
> Nurushazwani Sabran, A
> Muhamad Rauuf B Bahanan, A*
> Muhammad Zafri Bin Razale, A
> Siti Sarah Bte Roseli, A
> Shohib Marican, A*

For your EXCELLENT result in PSLE 2009 Math!

For parents with children taking PSLE in 2010, give them the best chance to excel in Math.

Enroll them for the PSLE 2010 Math Headstart Programme from 21 to 24 Dec 2009.

You can also enroll them for the PSLE 2010 Math Empowerment Programme that runs weekly from Jan to PSLE 2010.

For more information:
http://www.facebook.com/posted.php?id=1438332935&share_id=200813692759&comments=1#/event.php?eid=188123296979&ref=share


Pages:123456789